Thursday, July 22, 2010

fadilah membaca surah yasin

Hadrat Ata Ibn-e Abi Ribah berkata bahawa Rasulullah SAW di beritakan telah bersabda,"Sesiapa yng membaca surah Yasin dipermulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu akan dipenuhi".

Banyak kelebihan daripada surah Yasin yang disebutkan di dalam banyak hadis. Adalah dikatakan di dalam sebuah hadis,
"Segala sesuatu mempunyai hati, dan hati bagi Al-Quran ialah surah Yasin. Barangsiapa membaca surah Yasin Allah s.w.t. akan menulis pahala baginya seumpama ia membaca seluruh Al-Quran sebanyak sepuluh kali."

Menurut sebuah hadis yang lain, Allah s.w.t membacakan surah Yasin dan Taha seribu tahun lamanya sebelum terciptanya langit dan bumi dan mendengarkan ini, para malaikat pun berkata,"Umat dimana Al-Quran diturunkan akan dirahmati, hati-hati yang memikulnya , yakni yang mrnghafalnya akan dirahmati dan lidah-lidah yang membacanya akan juga dirahmati.

Ada satu lagi riwayat yang seumpama ini,
"Sesiapa yang membaca surah Yasin semata mata kerana Allah, segala dosa-dosanya yang dahulu akan diampunkan. Oleh itu jadikanlah sebagai amalan untuk dibaca ke atas orang yang mati."

Mengikut sebuah hadis, surah Yasin dinamakan Mub'mah (pemberi berita baik) di dalam Torah kerana ia mengandungi manfaat kepada pembacanya, di dalam kehidupan dunia dan juga akhirat, ia menghindarkan penderitaan didunia dan juga akhirat dan menjauhkan kedahsyatan dikehidupan akhirat. Surah ini juga dikenali sebagai
Rafiah Khafidah, iaitu yang mengangkat darjat orang-orang yang beriman dan menurunkan darjat orang-orang yang ingkar (tidak beriman). Menurut satu riwayat Rasulullah s.a.w. bersabda, "Hatiku menghendaki supaya surah Yasin berada disetiap hati Umatku," Mengikut sebuah hadis yang lain, jika sesaorang itu membaca surah Yasin pada setiap malam dan kemudiannya meninggal dunia, ia akan mati sebagai mati syahid. Diriwayatkan pada hadith yang lain, " Barang siapa membaca surah Yasin, ia akan diampunkan, siapa sahaja yang membaca semasa kelaparan, akan dihilangkan kelaparannya itu, barang siapa membacanya di kala sesat jalan, akan menjumpai jalannya semula, barang siapa membaca kehilangan binatang akan mendapatkannya semula, dan bila seseorang itu membacanya kerana bimbangkan kekurangan makanan, makanan itu akan mencukupi. Dan jika membaca kepada orang yang menghadapi penderitaan maut, akan dimudahkan baginya. Dan jika seseorang itu membaca ke atas perempuan yang sukar untuk melahirkan anak akan dimudahkan juga baginya."

Maqri rahmatullah 'alaih berkata, "Jikalau surah Yasin dibaca oleh seorang yang takut pemerintah atau musuh, ia akan dihilangkan akan ketakutan itu. "Menurut sebuah hadis yang lain jikalau seseorang itu membaca surah Yasin dan surah Was-Saffat pada hari Jumaat dan memohon kepada Allah sesuatu, doanya akan diterima. (Kebanyakan daripada yang di atas dipetik daripada Mazahir-e-haq walaupun setengah2 ulamak hadis telah mempersoalkan setengah daripada riwayatnya.)

semoga kita dapat mengamalkannya......Insya-Allah.

Wassallam.

No comments:

Post a Comment

check this out!