Saturday, June 19, 2010

Penderita hiperhidrosis


Hiperhidrosis selalunya terjadi pada ketiak, tapak tangan dan kaki.
Hiperhidrosis ada kaitan genetik dan boleh diatasi melalui pembedahan
PERNAHKAH anda mengalami masalah peluh yang terlampau? Misalnya tangan yang berpeluh ketika
anda menjawab soalan peperiksaan hingga membasahkan kertas jawapan atau pada kaki sehingga
kasut kanvas anda basah.
Keadaan peluh yang melampau ini adalah sejenis penyakit dan ia dikenali sebagai hiperhidrosis.
Begitupun, tidak ramai yang mengenali keadaan ini sebagai penyakit. Kebanyakannya beranggapan
sebagai masalah biasa yang terjadi pada semua orang.
Dari segi perubatan, hiperhidrosis adalah masalah peluh yang terjadi dalam satu peratus populasi.
Biasanya ia terjadi pada tangan (disebut palmar hyperhidrosis), ketiak (axillary hyperhidrosis) dan
kaki (plantar hyperhidrosis).
Pakar Runding Perubatan Am, Pencernaan dan Bedah Laparaskopik, Pusat Perubatan Darul Ehsan,
Dr Lukman Mohd Rashid, berkata punca sebenar hiperhidrosis tidak diketahui dengan tepat, namun
peluh diketahui dikawal oleh sistem saraf dikenali sebagai sympathetic.
€œHiperhidrosis menyebabkan seseorang berasa terganggu. Ia bukan saja menjejaskan keyakinan
diri tetapi menyebabkan tekanan,รข€ katanya.
Bayangkan jika kaki berpeluh hingga kasut basah seakan disiram air, stokin pasti cepat berbau
begitu juga kaki. Jika peluh di tangan, ia menyebabkan si pesakit malu untuk bersalam dengan
kenalan baru. Malah, jika memandu, tangan boleh terlepas daripada stereng.
Apakah punca hiperhidrosis? Dr Lukman berkata, secara umumnya, dalam keadaan biasa,
hypothalamus iaitu bahagian otak yang mengawal fungsi berkaitan peluh menghantar isyarat
kepada saraf peluh. Saraf ini sebahagian daripada sistem saraf sympathetic yang terletak dalam
rongga kaviti. Bagaimanapun, dalam kes hiperhidrosis, kelenjar peluh tidak patuh pada isyarat yang
dihantar.
Dalam kebanyakan kes, saya melihat ada kaitan genetik. Biasanya pesakit yang saya rawat
adalah adik beradik,katanya.
Ada banyak rawatan hiperhidrosis bergantung kepada keadaan seseorang. Suntikan botox adalah
satu daripadanya. Bagaimanapun, kebanyakan rawatan itu bersifat sementara.
Satu lagi kaedah untuk mengawal hiperhidrosis yang serius adalah melalui pembedahan.
Prosedur pembedahan
Selepas dibius, tebukan kecil dibuat sekitar satu sentimeter (sm) dibuat di bawah ketiak
Udara masuk melalui tebukan itu melalui rongga kaviti
Peralatan endoskopi (kamera fiberoptik dan alatan pembedahan lain seperti gunting kecil)
dimasukkan.
Selepas mengenal pasti kedudukan saraf sympathetic yang sepatutnya dipotong di celah-celah
tulang rusuk, ia kemudiannya digunting. Mengenal pasti kedudukan saraf sympathetic yang betul
sangat penting kerana tersalah potong ia akan menjejaskan bahagian tubuh yang lain. Misalnya
bahagian muka.
Proses itu akan dilakukan di kedua-dua belah badan, di bahagian kanan dan kiri
Dr Lukman berkata, pembedahan ini hanya memberi kesan parut yang sangat minimum, kecil dan
tersembunyi dengan baik di bawah ketiak.
Bagaimanapun, pembedahan bukan juga pilihan terbaik untuk sesetengah orang. Ini kerana ada juga
kes selepas melalui pembedahan menggunting saraf sympathetic, masalah peluh berlebihan akan
berulang. Namun, jumlah itu lebih kecil berbanding mereka yang sembuh sepenuhnya menerusi
pembedahan.


p/s...-guys...aku adalah salah sorang dari pesakit macam ni...memang susah nak sesuaikan diri dalam keadaan yang cemas @panas.,,,ade tak petua2 tradisional tuk sakit macamni????tolonglah kami si penderita ~hiperhidrosis~

No comments:

Post a Comment

check this out!